
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Farasyakilla binti Siman (D20171077841) merupakan pelajar Semester 4, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengambil Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini, iaitu laman sesawang (site123) berkaitan dengan kemahiran menjana idea menggunakan teknik karangan terkini dalam penulisan karangan berfakta.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr Adenan Bin Ayob selaku penyelaras dan Dr. Nur Farahkhanna bin Rusli selaku pensyarah bagi subjek BMP3093 Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu yang telah memberi sokongan serta tunjuk ajar sehingga tugasan ini dapat disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongandan bantuan bagi melengkapkan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini dan semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik.