Aspek bahasa dalam penulisan karangan fakta.
Penilaian aspek bahasa (15 markah)
a) Perbendaharaan kata (3 markah )
b) Struktur ayat ( 3 markah )
c) Imbuhan (3 markah )
d) Tanda baca (3 markah )
e) Ejaan ( 3 markah)
a) Perbendaharaan kata
Perbendaharaan kata ditakrifkan sebagai "semua perkataan yang dikenali dan digunakan oleh seseorang yang tertentu". Bagaimanapun, perkataan-perkataan yang dikenali dan digunakannya tidak merangkumi kesemua perkataan yang pernah terdedahnya.
Antara kosa kata yang digunakan penulisan karangan iaitu :
KOSA KATA | MAKSUD |
audien | para penonton |
autentik | asli dan benar dapat dipercayai |
bercempera | berpecah-pecah |
bergulat | berjuang |
hedonisme | berfoya-foya |
inkues | siasatan |
majnun | tidak siuman |
marhaen | rakyat jelata |
saujana | luas |
b) Struktur ayat
Struktur ayat atau lebih dikenali sebagai sintaksis dalam Bahasa Melayu amat penting dalam penulisan karangan . Hal ini demikian kerana kebanyakkan pelajar kehilangan markah dalam penulisan karangan disebabkan penggunaan struktur ayat yang salah dalam penulisan karangan . Antara contoh ayat yang betul dan salah adalah seperti dibawah:
BETUL | SALAH |
Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikuti emak ke pasar. | Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. |
Semua kuih di atas meja itu dimakan oleh saya. | semua kuih di atas meja itu telah saya makan. |
Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah | Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah. |
Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia. | Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia. |
Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila. | Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. |
Siapakah nama kamu? | Apakah nama kamu? |
c) Imbuhan
Imbuhan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu awalan, akhiran , apitan dan sisipan.
i) Imbuhan awalan
a) "Ke"
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar,
Contoh perkataan bagi awalan "ke" iaitu:
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
Tua | Ketua |
Mudi | Kemudi |
Rangka | Kerangka |
Hendak | Kehendak |
Rawang | Kerawang |
b) PeN-
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya .
Contoh perkataan bagi awalan peN- iaitu:
MAKSUD | CONTOH |
Orang yang melakukan sesuatu. | pengarah, pencuri, penulis |
Orang yang suka atau gemar akan sesuatu . | penidur, penagih |
Orang yang bertugas atau berkerjaya. | pengurus, pengacara, pengadil |
alat untuk melakukan sesuatu. | penapis, pembajak, pembakar |
Orang atau benda yang memiliki sifat yang dimaksudkan oleh kata dasar. | Penyabar, penakut, penyombong |
Sesuatu yang abstrak | pendapat, penunjuk, penawar |
ukuran | penanak |
c) Pe-
Awalan pe- mempunyai satu bentuk sahaja , iaitu pe-. Awalan pe- apabila digandingkan dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan pada huruf awal kata dasar tersebut.
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
tinju | petinju |
sakit | pesakit |
sara | pesara |
tugas | petugas |
taruh | petaruh |
d) Per-
Awalan peR tidak berubah bentuk berdasarkan huruf awal sesuatu awal kata dasar. Contohnya:
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
buru | perburu |
segi | persegi |
tapa | pertapa |
bara | perbara |
e) Juru-
Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar . Contohnya:
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
mesin | jurumesin |
acara | juruacara |
kira | jurukira |
terbang | juruterbang |
ii) Imbuhan akhiran
a) - an
Akhiran -an berfungsi untuk menerbitkan kata nama. Akhiran ini boleh bergabung dengan kata dasar daripada kata nama , kata kerja atau kata adjektif.
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
tahun | tahunan |
ajar | ajaran |
bulat | bulatan |
bisik | bisikan |
iii) Imbuhan apitan
a) ke-...-an
Apitan ke-...-an dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ke- dan akhiran -an pada kata dasar secara serentak. Contohnya:
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
hadir | kehadiran |
putus | keputusan |
bangsa | kebangsaan |
raja | kerajaan |
b) Pen-...-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya:
KATA DASAR | CONTOH |
daftar | Pendaftaran |
laksana | pelaksaan |
jemur | penjemuran |
c) Per-..-an
Apitan per-..-an boleh bergabung dengan semua kata dasar. Perkataan yang berapitan per-....-an membentuk kata nama daripada perkataan yang berawalan ber-, be-, dan bel-.
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
guru | perguruan |
pindah | perpindahan |
lengkap | perlengkapan |
antara | perantaraan |
iv) Sisipan
Sisipan merupakan imbuhan yang disisipkan ke dalam kata dasar. Contohnya:
a) sisipan -el-. Contohnya:
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
patuk | pelatuk |
tunjuk | telunjuk |
kangkang | kelangkang |
b) Sisipan -er-. Contohnya:
KATA DASAR | KATA BERIMBUHAN |
kuping | keruping |
gigi | gerigi |
suling | seruling |
c) Sisipan -em-. Contohnya:
kata dasar | kata berimbuhan |
tali | temali |
kuncup | kemuncup |
kuning | kemuning |
Seterusnya bagi imbuhan dalam aspek bahasa , ia merupakan antara aspek penting yang dititikberatkan dalam penulisan karangan. Kebanyakkan pelajar akan kehilangan markah apabila menggunakan imbuhan yang salah dalam penulisan karangan . Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam aspek bahasa ini ialah:
i) Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan imbuhan "di" dan "ke".
ii) Tidak dapat membezakan imbuhan "an" dan "kan".
a) Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan imbuhan "di" dan "ke"
BETUL | SALAH |
Masukkan buku ini ke dalam beg | Masukkan buku didalam beg. |
Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan. | Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. |
b) Tidak dapat membezakan imbuhan "an" dan "kan".
BETUL | SALAH |
Masakan ibu sungguh lazat | Masakkan ibu sungguh lazat |
Masukkan buku ini ke dalam alamari | Masukan buku ini ke dalam almari |
d) Tanda baca
Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan. Tanda baca terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
Tanda Noktah atau titik ( . )
Tanda koma ( , )
Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda seruan ( ! )
Tanda sempang atau sengkang ( - )
Tanda noktah bertindih ( : )
Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )
a) Tanda Titik atau noktah.
Fungsi | Contoh ayat |
(a), Pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan. | (a) Kereta ini baru dibeli. (b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur. |
(b) Pada akhir singkatan nama orang. | Y.A.B. (Yang Amat Berhormat), En. (Encik). |
(c) Sebelum tanda penutup kata (") dalam cakap ajuk. | Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:" |
(d) Untuk menunjukkan angka perpuluhan. | 5.4, 30.2, 1 19.8 |
b) Tanda Koma (,)
Fungsi | Contoh |
(a) Bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat | (a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging. (b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar. |
(b) Di belakang kata seru | (a) Amboi, merahnya baju kamu ! (b) Eh, Azmi rupanya ! |
(c) Untuk menandakan tempat berhenti sebentar. | Berikan surat ini kepada ibumu, Ali. |
(d) Di belakang kata penghubung pada awal ayat. | ... Oleh sebab itu, awak diminta hadir. ... Jadi, awak tidak mengaku bersalah? |
(e) Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza. | Rumah itu besar, tetapi tidak cantik Katakan saya ke bandar, jika dia datang. |
(f) Sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajuk. | Ravi berkata, "Ini suratnya, encik." "Terima kasih," jawab Encik Abu. |
c) Tanda Tanya (?)
Fungsi | contoh |
(a) Pada akhir ayat tanya. | Bilakah adik kamu akan bersekolah? |
(b) Pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata ("). | "Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy. |
d) Tanda Seru (!)
Fungsi | Contoh |
Sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat. | (a) Wah, perbuatan awak sudah melampau! (b) Siapkan kerja itu segera! |
e) Tanda Titik Bertindih (:)
Fungsi | Contoh |
(a) Pada akhir sesuatu penyataan apabila diikuti oleh rangkaian. | Barang- barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul. |
(b) Untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu. | Tarikh: 3 April 2000 Masa: 2.00 petang Tempat: Bilik Gerakan |
f) Tanda Sempang (-)
Fungsi | Contoh |
(a) untuk menyambungkan kata yang diulang dan kata ganda | murid-murid, riuh-rendah |
(b) untuk merangkaikan: i se dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar | seMalaysia, seTanah Melayu |
ii. ke- dengan angka iii. angka dengan -an | kali yang ke-10, tahun 1960-an |
(c) memisahkan huruf kecil daripada huruf besar | rahmat-Mu, hamba-Nya, sinar-X |
g) Tanda Petik ("...")
Fungsi | Contoh |
(a) Untuk mengapit petikan langsung. | "Saya belum makan ibu," kata adik. |
(b) Pada jadual rencana, karangan novel, puisi, dan sebagainya. | Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama. |
e) Ejaan
Ejaan yang terkandung dalam aspek bahasa merupakan antara perkara yang penting dalam penulisan karangan. Kebanyakkan pelajar kehilangan markah apabila melakukan kesilapan dalam ejaan sesuatu perkara. Antara kesilapan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:
SALAH | BETUL |
Atlit | Atlet |
Audien | Audiens |
Baucer | Baucar |
Bumiputra | Bumiputera |
Garfu | Garpu |