26 May
Teknik Menulis Perenggan Pengenalan

RANGKA MEMBINA PERENGGAN PENGENALAN


Sebelum membina perenggan pengenalan, pelajar mestilah mengetahui fakta-fakta berkenaan karangan yang hendak ditulis. pelajar boleh mengakses internet atau bahan bacaan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan karangan fakta. Sebagai contoh, seperti soalan penulisan karangan tentang aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah, berikut merupakan fakta yang ditemui didalam internet dan bahan-bahan bacaan.


Fakta 1 Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat pada dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya. Sekolah yang juga dikenali sebagai alma mater dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Malangnya, situasi sekolah pada hari ini tidak lagi diumpamakan seperti syurga oleh para murid. Hal ini terbukti apabila banyak masalah sosial seperti buli, vandalisme dan melawan serta memukul guru berlaku di sekolah. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak kerana melibatkan masa hadapan para murid yang merupakan peneraju tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebelum terlewat, saya sebagai murid yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang penting supaya konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ dapat menjadi kenyataan. 


Fakta 2 :Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. 


Fakta 3 : Keceriaan kawasan sekolah merupakan antara isu yang sering diwar-warkan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah? 


Berdasarkan contoh-contoh fakta yang ditemui, pelajar boleh membina perenggan pengenalan berdasarkan jadual di bawah. Jadual berikut menerangkan cara-cara mengembangkan idea perenggan pengenalan berdasarkan fakta yang telah diperolehi.


JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA

PENERANGAN

LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN FAKTA YANG DITEMUI.


BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA REAKSI PEMERIKSA.

AYAT RANGSANGAN 1

AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.

 Membina ayat rangsangan dengan kata tanya apa berkaitan fokus 

/tema pengenalan yang dipilih?

AYAT RANGSANGAN 2

AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.

( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?

AYAT RANGSANGAN 3

MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA

( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya bagamana - fokus/ tema?

FRASA MENARIK

PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA

Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.

UNSUR KBAT

KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM

Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar selain menyusun atur ayat rangsangan secara kronologi dalam pengembangan idea dalam perenggan pengenalan.

AYAT ARAHAN

MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH

Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….
Berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan.


CONTOH PERENGGAN PENGENALAN YANG DIBINA.

Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat pada dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya. Sekolah yang juga dikenali sebagai alma mater dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Malangnya, situasi sekolah pada hari ini tidak lagi diumpamakan seperti syurga oleh para murid. Hal ini terbukti apabila banyak masalah sosial seperti buli, vandalisme dan melawan serta memukul guru berlaku di sekolah. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak kerana melibatkan masa hadapan para murid yang merupakan peneraju tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebelum terlewat, saya sebagai murid yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang penting supaya konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ dapat menjadi kenyataan.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING