Apa itu teknik FCUK?
Teknik FCUK merujuk kepada ringkasan ataupun akronim daripada perkatan-perkataan seperti fakta, ciri-ciri, usaha-usaha dan kesan-kesan. Perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada ciri-ciri penting yang perlu diketahui oleh pelajar dalam penulisan karangan.
Cara menggunakan "teknik FCUK"?
Sebelum memulakan penulisan sesebuah karangan, pelajar perlu mengenal pasti kehendak soalan yang terdapat dalam kertas soalan. Dalam peperiksaan terdapat empat ciri-ciri penting yang pelajar perlu tahu, iaitu faktor-faktor, ciri-ciri, usaha-usaha atau kesan-kesan merujuk kepada kata kunci yang pelajar perlu kenal pasti. Berikut merujuk kepada kaedah atau teknik menulis karangan dengan menggunakan teknik FCUK;
Berdasarkan kehendak soalan yang diperoleh, pelajar perlu mengenalpasti kehendak yang dimahu oleh soalan tersebut. Perenggan isi hendaklah terdiri daripada kehendak soalan yang perlu dijadikan isi oleh pelajar. Contohnya, kehendak soalan ingin mengetahui sebab-sebab, kesan-kesan ataupun langkah-langkah seperti jadual dibawah.
Pengenalan | Isi-isi | Penutup |
Sebab-sebab | ||
Kesan-kesan | ||
Langkah-langkah |
Rajah 1: Kehendak soalan dalam kotak isi-isi dalam perenggan
Dengan menggunakan teknik FCUK, pelajar akan mudah mencari dan mengenalpasti keperluan yang diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan. Pelajar perlu mengaplikasikan teknik FCUK dalam karangan. Contohnya;
Pengenalan | Isi-isi | Penutup |
Sebab-Sebabmengamalkan gaya hidup sihat |
Rajah 2: Kehendak soalan dalam kotak isi-isi
Sebab-sebab dalam kotak isi-isi tersebut merujuk kepada kehendak soalan. Pelajar perlu menulis lima sebab berlakunya gejala melepak dikalangan remaja dalam lima perenggan. Untuk menulis pengenalan dan penutup, pelajar perlu merujuk kepada teknik FCUK.
Sekiranya kehendak soalan ingin mengetahui sebab-sebab, iaitu tergolong dalam (i) F-Faktor-faktor/sebab-sebab/Punca. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan (ii) C-Ciri-ciri/Sifat-sifat/Kateria-kateria/Syarat-syarat, (iii) U-Usaha/Langkah-langkah/Kaedah-Kaedah/Tindakan-Tindakan dan (iv) K-Kesan/Implikasi/Akibat/Impak sebagai pengenalan dan penutup. Tetapi, perlu diingatkan pengenalan dan penutup perlulah bersesuaian. Contohnya;
Pengenalan | Isi-isi | Penutup |
Kesan-kesan negatif gejala melepak | Sebab-Sebabmengamalkan gaya hidup sihat | Langkah-langkah untuk mengatasi gejala melepak. |
Jadual 3: Aplikasi teknik FCUK dalam karangan
Dalam satu karangan yang akan dihasilkan terdiri daripada pengenalan, iaitu kesan-kesan, isi-isi, iaitu sebab (Kehendak soalan) dan penutup, iaitu langkah-langkah. Sekiranya kehendak soalan berubah. Contohnya;
Pengenalan | Isi-isi | Penutup |
Sebab-sebab mengamalkan gaya hidup sihat | Kesan-kesanmengamalkan gaya hidup sihat | Langkah-langkah mengamalkan gaya hidup sihat |
Rajah 4: Kehendak soalan kesan-kesan
Pengenalan | Isi-isi | Penutup |
Sebab-sebab mengamlkan gaya hidup sihat | Langkah-langkahmengamalkan gaya hidup sihat | Kesan positif melaksanakan langkah-langkah tersebut. |
Rajah 5: Kehendak soalan langkah-langkah
Pelajar hanya perlu mengetahui dan mengaplikasikan teknik FCUK untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik. dan mudah untuk pelajar. Berikut merupakan contoh:
Pendahuluan: Sebab-sebab melakukan amalan gaya hidup sihat | Definisi gaya hidup sihat Kebaikan kepada semua masyarakat |
Isi-isi (Kehendak soalan) Langkah-langkah membentuk amalan gaya hidup sihat | Mengamalkan pemakanan yang seimbang Aktiviti senaman Kebersihan diri Kebersihan persekitaran |
Penutup Kesan positif melakukan langkah-langkah tersebut |